Sunday, November 15, 2015

Kembali

السلام عليكم
Alhamdulillah, Allah masih memberikan aku kesempatan untuk merasakan kehidupan sebagai khalifah dimuka bumi ini... hari ini aku kembali ke blog ku yg kurasakan bukan sahaja telah bersawang, malah mungkin hampir mereput.

Sunday, January 27, 2013

Kenduri di Tronoh.

Assalamualaikum, hr ni nak cerita pasal semalam... Smlm ana berpeluang mengikut abg long ke rumah mak mertua adik ipar dia di tronoh. Ada kenduri kahwin, so tahniah kepada pengantin baru smlm... Time ktorg otw g tu, ktorg call la kakak ipar aku sorg ni, yg duduk dekat Sri Iskandar, isteri kepada arwah abg Ngah ku... Kot2 dia nak ikut... last2 x dpt jugak cntact. Tbe2 kebetulan, tengah jalan, terserempak, so abg long u-turn utk jumpe.. So, ana pun diperintahkan turun untuk menyapa kak aina, aku pun masuk ke kedai yang kak aina baru masuk, dengan lajunya, aku merempuh kakak, n ckp, "Opss, minta maaf ye kak".. haha.. surprise.. so x sgka la dpt jumpe smlm.... , lps berbual2 dengan mak n semua, maka kami meneruskan perjalanan ke rumah kenduri. ktorg sampai kenduri jam 10.45 pagi, awal woo.. katering pon baru sampai kot.. haha.. so, ktorg lepak la dulu kat rumah adik ipar si abg long ni... so, kat bawah ni, gambar2 yg sempat aku snap smlm...
Pengantin yang diraikan
Hanim & Zaaba
Kemalangan di Highway

Hantaran

Alang dan Yah

Benda ntah alang n Yah tengok

Friday, January 25, 2013

Masih ada yang mendoakan


"Assala,ualaikum kak rad. Nama saya xxx. Panggil je xxx.  Saya ni student taayah. Junior kak rad. Saya selalu ada masalah peribadi. selalunya yg berkaitan dgn rohanilah. Kwn ada je yg boleh nasihat. Tp sy nak lebih. Sejak masuk U ni mcm2 cabaran dtg. Kdg2 sy tak kuat. Tp sy tgk kak rad tak cm2. Kak Rad kuat. Saya taktaw cane kak rad survive. Boleh tak saya nk nasihat2 dr kak rad? Saya rindu suasana taayah. Saya pun rindu kak rad even kak rad tak kenal pun saya.Semoga Allah merahmati kak rad. Saya syg kak rad. Assalamualaikum. "


Kasih Sayang...
Alhamdulillah, agak terkejut ana menerima PM ini di FB petang tadi, ya Allah, masih ada yang mengingati diriku, tambahan lagi mendoakan diriku dirahmati oleh Allah. Meskipun sungguh banyak dosaku menggunung, semoga masih ada sekelumit saham yang aku tinggalkan semasa berada di Taayah dahulu, semoga ada antara adik2 yang telah aku tinggalkan dengan segala nasihat, masih mempraktikkannya sehingga ke hari ini. Masih ada juga yang menyayangi diriku... Ayat ini membuat aku terfikir, kenapalah aku mengejar kasih manusia, namun jika aku mengejar kasih yang Esa, aku tetap akan dapat kasih manusia.. benar kata Dr. Muhaya, jangan risau mengejar akhirat di kala di dunia, kerana dunia akan mengejar kita. Terima kasih pada adik yang PM ana petang tadi, janganlah segan silu memohon nasihat, sebab kita bersama boleh berbincang dan saling menasihati. Kata k. Zuraini Taayah yg glamour dlu.. "Kita nak masuk syurga bukan sorang2. Kita nak masuk syurga ramai2".

Thursday, January 24, 2013

Pulang ke Perak

Assalamualaikum. Saya kini berada di Kuala Kangsar. Dirumah kakak adik kesayangan saya. Saya bertolak dari Klang semalam dalam jam 9.30 malam. Gagahkan naik highway. Konon banyak duit... So, tol dari bukit raja ke Kuala Kangsar adalah sebanyak RM32. Okla, sebab minyak 3 bar je guna. Sampai Kuala sebenarnya dah kuning. Kak Wani (Kakak Zai) ni baru pindah rumah, so kelam kabutla sikit rumahnya. Ha2.

Spe2 pun tak tahu saya balik awal ni, kecuali si encik abang. Sebabnya, kalau inform kat mak mesti risau punya lah, Mane taknya, kul 1 jugak smpai kuala, dengan ribut riban lagi... So sepanjang perjalanan semalam, cuma ada satu jela excident. lori termasuk longkang besar tepi highway (adakah anda dapat membayangkan?) Smlm agak lengang jalan, wpun sepatutnya ramai la yg cuti. Tapi sebab dorg keje kot Jumaat, sbb tu xde yg balik...

Sejak semalam ramai yg cakap saya dh kurus sket.. hehe. Satu pandangan positif. Ini yang buat lagi semangat untuk melawan hawa nafsu makan. Semalam sebelum balik, pergi Centro Klang. Beli dua kotak secret recipe.. Permintaan adik zai, habis la diet saya kalau nak kena bedal kek tu sorang2. Oklah. Off dulu, berpinar mata ngantuk tak habis lagi. Zai pulak tak tahu la kenapa xnk bukakkan lampu bilik ni, sakit mata tengok skrin laptop je. Ok, salam.

Pandangan Istana Kuala Kangsar

Adik Zai dari sesuatu tempat setelah meninggalkan aku sebentar

Kata Zai, bot ni bayar 50 sen je sekali naik, utk seberang je pon


Wednesday, January 23, 2013

Boleh ke rindu simpan dalam pusat?

Assalamulaikum. Yerk!, bunyi memang macam ntah ape2, tapi itulah statementnya. Ini kisah benar, yang dipetik dari realiti sebuah kehidupan. Sekadar senda gurau di pagi hari...

: Rindu kte x?
: Biarlah kita simpan rindu tu..
: Nak simpan kat mane? Dalam poket ke?
: Dalam pusat..
: Habislah busuk rindu tu..
: Biarlah busuk jadi pekasam.

PUSAT Sains Negara
Huhu... Macam xde mkna je saya post benda di atas.. haha... Em, saya rasa macam dh x best facebook, alih2 kalau adik saya la, dia ske la tgok gambar semua orang.. (jgn mare adik).. tapi saya tggu notification je baru nak tgok... Em..

Tuesday, January 22, 2013

Semuanya Kau pinjamkan padaku...

Assalamualaikum. Mungkin pembaca tertanya2, kenapa tulisan saya penuh dengan kesedihan dan perpisahan sejak akhir-akhir ini. Sesuatu telah berlaku dan saya hanya mampu meluahkannya di blog ini, kerana mungkin tiada orang lain yang mampu mendengar cerita yang pada mereka tidak ada pentingnya. Mungkin juga ada dikalangan pembaca sudah bosan membaca blog saya ini, namun setiap orang ada arus duka dan gembiranya, mungkin hari ini, bulan ini, tahun ini, tahun duka saya.. saya tak terdaya lagi menahan semuanya, saya akui, setiap apa yang kita lakukan adalah tanda Allah sedang menguji kita. Tanda Allah sedang memerhatikan bagaimana kita menguruskannya, tanda Allah sedang membalas setiap perbuatan kita, kita patut bersyukur, duka ini mampu membersihakan dosa. Biarlah banyak duka yang Allah berikan, jangan Allah balasnya di akhirat nanti. Sekali lagi kita harus ingat, Allah turunkan setiap masalah, selayaknya atas diri manusia, Allah tidak menurunkan duka sekiranya tidak dapat tertanggung oleh manusia. Bergembiralah wahai hati yang bersedih, kerana disebalik duka yang berpanjangan, yang pahit, Allah berikan gembira pada masa hadapan. Semoga kamu terus tabah... tabah... tabah...

Inilah dia balasan atas perbuatanku agaknya... Bukan agakkan lagi, malah realiti. Aku alpa dalam setiap perbuatanku, nah, rasakan sahaja penangan duka dariNya, lantas aku terpaksa menyebar redha dalam segenap ruang anggota dan hatiku... Namun setiap manusia diciptakan berbeza, em.. sama sebenarnya, cuma aku belum dapat tahap redha yang tinggi darinya, tahap sabar yang tinggi... tahap keegoan yang rendah... atau tiada keegoaan. "Anda boleh hidup dengan ego anda". Mungkin ada manusia di dunia ini hidup dengan keegoan, contohnya, sama sahaja manusia yang hidup dengan pendustaan. Asyik menipu sehingga kaya raya. Ada juga mereka yang hidup dalam mementingkan dirinya sendiri. Tidak fikir apa orang kata, tidak fikir hati orang terluka, harus lakukannya, kenapa kena tunggu orang lain?. Pelbagai senario yang dilihat hari ini, kita sering memikirkan masalah yang lebih besar, masalah pemberontakan, perang. Tetapi kita lupa membentuk diri kita sendiri. Alangkah manisnya jika kita berhenti dari memikirkan kepentingan diri, berhenti memikirkan tentang diri sendiri. Teruslah menuai amal....

Kuat!

Bismillah, Engkau yang Maha Agung, Maha Pemurah... Kekuatan itu ada pada setiap hambaNya, namun sejauh mana kekuatan itu digunakan, bergantung kepada individu itu sendiri, setiap kita memiliki masalah yang berbeza, kita kadangkala terlalu sedih memikirkannnya, sehinggakan kita lupa ada mereka yang lebih sedih dari kita. Ada mereka yang mempunya masalah lebih besar dari kita. Hari ini aku belajar erti kekuatan, dan apa adanya kebencian dalam kekuatan. Mesti ayatnya agak janggal, atau ayatnya dilihat sebagai tidak logik langsung. Apa itu kebencian? dan kenapa pula harus dikaitkan dengan kekuatan. Tidak salah jika saya cuba menafsirkannya sebagai kuat untuk membenci. Huh, perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Tidak layak kita sebagai hambaNya meletakkan perasaan benci dalam diri. Atau benci itu sebagai satu percubaan, dalam melihat orang yang kita sayang bahagia hidupnya.

Friday, January 18, 2013

18hb

Ye, aku tggu sampai 18hb... Maksudny.. telah termaktub, pada 18hb dan seterusnya, tiada lagi ruang dan peluang utkku... Huh.. kenapa aku mesti tunggu tarikh itu? sedangkan aku telah tahu apa yg berlaku pada aku.. kenapa bukan 22hb? Belum tiba masanya lagi aku sudah dibuang... Ya Allah.. aku dah buntu... kenapa dengan 1 kasih sayang yang kau berikan ini, terasa payah utk diurus... Silap la yang aku kira dulu, yela, aku pun terlupa, takkan sewaktu tiba harinya, mesti sebelumnya.. Means...lagi sebulan jela... sebulan? sebulan je lagi tinggal... 

Sama, tidak berubah

Bukan semua benda kita boleh ubah, semuanya ketetapan Ilahi, benar, aku akui semua itu.. Namun hatiku tetap tidak kuat, kenapa perlu masih dihati, sedangkan hanya menyakiti? Zahir dan batinnya tetap tak dapat aku selami, aku lihat, aku tahu semua itu, kerana ia di depan mataku. Namun tiada langsung faedah yang aku perolehi, bibirku tetap tidak mampu tersenyum, apatah lagi ketawa, aku biarkan diriku asing tanpa kata-kata, aku akan biarkan jasadku kaku tanpa tindakan, semoga ada pengertian yang diperoleh olehnya, siksa hatiku meruntun nestapa.. berpanjangan...

Thursday, January 17, 2013

Hanya padaMu ya Allah,

Meatball IKEA
Alhamdulillah, semuanya bakal kembali normal, terima kasih kerana mendoakan, harapnya tiada lagi duka.. tiada lagi dusta. Yang tinggal kekuatan...  Ok, habis bab sedeh medih.. sekarang masuk bab makan, sebab dah kul 1.04 tengah hari, adik kesayangan aku si zainurulazwa zakaria (huh penuh), akan membawa meatball ini terus ke ofis, tak sabar rasanya. Ok, so untuk cerita hari ini, aku diminta observe guru baru yg dtg dari Nigeria, huhu.. tergeliat lidah rasanya speaking.. aku dh la mmg fail sket bab2 bahasa Inggeris ni.. tp xpe, dh settle pon... skrg ni, ada la dh kot pengganti utk subjek aku ni, kadang2 aku konfius, x byk lgsung la plak mengajar... mybe nak serap aku ke full pentadbiran kot... ok semua, selamat menjamu selera.

Wednesday, January 16, 2013

Musibah demi musibah...

Hari ini mungkin statusnya aku sedang bersedih, ibarat nasi, ada rencah2nya, lauk dan kuah... Laptop kesayangan tiba2 sakit.. terpaksa aku segera bergegas ke CP, g repair.. okla. sebab Allah dah tulis dye nak rosak rini... aku redha je, mmg bukan semua pun dalam dunia ni milik kita... bukan sahaja barang, duit ringgit, malah manusia sekalipun, bukan semua milik kita... so, esok aku decide utk amk moto... penatlah guna kete, dhla susah nak urus... jangan xtau, esok pagi2 aku ingat nak menapak je g keje... huh, mau kurus sampai Hafiz, haha... eh.. esk Khamis.. emm thn x pose ye? Nak menapak lagi... Tapi aku rasa oklah mcm ni, nak xnk aku kne jgk bwat.. betul kate adik kesayanganku, nak xnk masanya akan tiba, so aku rasa, inilah masanya... So, buat pembaca yg kat luar tu, mmg setiap ujian tu perit.. Tapi percayalah, Allah akan bagi manisnya, cuma cepat or lambat je...

Kuat, aku mesti kuat.. aku kena kuat demi pengorbanan sebuah kasih sayang yg 1 Allah turunkan pada manusia... Ada 9 lagi menunggu di akhirat...

Hari 1

Bismillah, dengan nama Allah yang Maha Pemurah. Hari ini satu hari yang cukup sukar bagiku... Entah kepada siapa lagi harus aku mengadu selain dariNya, bagaimana dapat kutahu bahawa Allah sedang berbicara denganku.. Em.. mungkin setiap yang menghimpit hatiku sekarang adalah tanda Allah sedang berbicara denganku, Allah sedang mengingatkan aku tentang hakikat setiap pertemuan, pasti ada perpisahan, setiap kehidupan pasti ada kematian, begitu juga putaran kehidupan yang sedang aku lalui, maka aku dengan kuat memutuskan, pengorbanan terbesar yang harus aku lakukan jika mahu melihat orang yang aku cukup sayang bahagia hidupnya, sejahtera hatinya. Namun kenapa perlu ada yang tertewas dalam pelayaran, persoalan ini yang membuntukan setiap niat dan tindakanku, aku tahu Allah Maha Adil, tapi keadilan bagaimana yang aku perolehi, seorang bergembira dan aku terpaksa meruntun duka, ya Allah, ampunkan aku dengan andaian ini, aku tidak layak berkata begitu, semoga Kau nampakkan keadilan itu, kerna aku semakin buntu, ya Allah bantulah aku, aku mahu semuanya seperti sediakala, menyayangi dan disayangi dengan keikhlasan jitu tanpa noda. Aku pohon ya Allah....

Dalam menyingkap takdir kehidupan, kita tidak lari dengan kesalahan dan kesilapan, dan aku semakin keliru dalam pelayaran hidupku.. bagaimana harus aku merubah diriku sendiri yang sentiasa hanyut mengikut arus duniawi, sedangkan aku sebenarnya harus menongkah badai gelora, kerana perjalanan itu harus bersifat dagang, dan bersifat memerlukan sepenuhnya kekuatan rohani, sabar... sabar... sabar...

Saturday, January 5, 2013

Indahnya Kematian

Assalamualaikum, tertarik ana untuk berkongsi dengan sahabat pembaca tentang buku ini, meskipun ana baru membaca sehingga muka surat 10, banyak yang ana perolehi. Buku ini ana letak pada dashboard kereta, sekiranya ada waktu terluang menunggu sebarang aktiviti, akan ana buka dan baca isi kandungannya. Secara amnya, sekiranya dilihat pada tajuk, pasti semua orang tahu, apakah yang cuba disampaikan oleh buku ini, bahkan, setiap dari kita, sudah sedia maklum dengan segala isi kandungannya. Ya, bagaimana mahu menghadapi kematian. Betul. tepat sekali. Ana tertarik dengan satu perenggan yang diolah oleh penulis tentang apabila seseorang berkehendakkan kepada sesuatu, bahawa dia akan meminta dengan sangat kepada Allah, namun, bila dia telah memperolehinya, dia lupa pada Allah. Mungkin ana boleh beri satu contoh disini, yang mungkin kena juga dengan ana diketika ini, bilamana menginginkan jodoh, maka kita akan memohon dengan sangat, pernahkah kita menjamin, selesai sahaja lafaz nikah dan walimatul urus, adakah kita akan konsistem dalam ibadah dan doa kita? Inilah yang dikatakan sebagai iabdah bermusim. Sama juga dengan tingkahlaku kita, ketika Palestin dibedal oleh Israel, kita bersemangat dalam memboikot barangan Israel, namun setelah selesai semua isu, kita kembali menggunakan barangan tersebut. Pokok panggal dalam menikmati indahnya kematian adalah iman kita, kuatkan iman, ibarat kata Ustazah Hafizah Musa yang sering ana jadikan teladan dan ana share pada usrah minggu lepas, jangan jadi orang yang mahu menghalau anjing, tapi tidak sedar pada tangannya ada tulang. Bermakna, kadangkala kita mahu menghalau syaitan dari dalam diri kita, namun kita tidak sedar, ada mazmumah dalam diri yang tidak mungkin menghalau syaitan tadi.. Wallahuaklam, nanti bila ana baca lagi, ana share k! Salam.

Thursday, June 7, 2012

Selamat Berbuka kakak & adik

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk berada di muka bumi ini.. serta masih menganugerahkan nikmat Iman & Islam... memberikan kekuatan untuk terus mengamalkan amalan-amalan yang baik... Semoga ada sahamnya untuk akhirat kelak meskipun siapalah diri ini untuk menentukan pahala yang bakal diperoleh..

Selamat berbuka adik Zai... 

Tuesday, May 1, 2012

Balik Kampung.. Hari Buruh..

Assalamualaikum, lama x menulis di blog ni.... Jumaat lepas, lepas keje je... aku terus blk kg dengan zai... lambat jugk ktorg brtolak sebab kemas rumah dlu sket2... dh lama x nek highway.. sbb blk mlm... aku amkla keputusan utk nek higway mlm tu... lgpun sejak zai dh pindah k.kgsar ni.. ok what nek highway.. len la dlu dye ddk kt cgkat lada... mmg better la lalu k.selangor...

Ktorg redah je mne2 jln dr PJ nie.. mklumla dh pindh PJ.. xtau jln mne better.. nk kuar kot bukit raja mcm jauh plak kesana... then... ktorg jama' kat perhentian tapah... tgok mcm ramai sgt je... ktorg solat je kt petronas... mmg lapang la.. xder org... so, teruskn je perjalanan... jln agak jem kdg2.. mybe sbb ramai org balik... sbb blk kali ni bwak SE merahku.. maka.. no peluang la zai nak ganti2 drive dgn aku... yela.. kete aku manual.. agak2 karang smpai kt ipoh tu.. tmbh lg area jelapang tu... huh.. x berani la aku... sampai kuala area kul 12 tgh mlm gk... huhu... pas je hntr zai... aku smbung nek highway menuju ke k.kurau... trun kat tol kamunting.. jalan memang lengang la... aku plak mcm dh minah drift ats jalan... mata plak dh ngantok... aku mmg bukak radio kuat la... utk hilangkn ngantok... hafal dh rasanya lagu baru maher zain... mum.. "you know u r the number one for me.. oh.. ph.. number one for me..."... time ni... minta maaf la mata aku nk pndang cermin sisi and cermin belakang... haha.. aku tau Allah bersamaku... dan aku tau jugak bahawa syaitan itu juga wujud... huhu... aku ikut jln jauh sket time masuk dlm kg aku tu.. cari jalan yg byk rumah... kalau ikut bese... sunyi weyh.. n akan lalu beberapa rumah tinggal.. huhu... seram siot... aku smpai rumah dlm kul 1 lebeh la... mmg laju aku bwak.. kalau ikutkan jauh jgk lagi rumah aku ngan kuale kgsor tu... nek je titi depan rumah aku tu.. hrp2 mak bukak pintu cepat la.. n harap2 dorg x tdo lg... depan rumah aku tu dh la masjid... tepinya kubur... aku mmg seram sket time mlm2 cmni... dhla... nnt smbung plak....

Sunday, April 8, 2012

127 Hours


Salam all.... Semalam aku nengok cite 127 Hours bersama Zai n adik2 Kg. Kuantan... Cerita tu sgt best bagi aku n terutama adik aku Zai yg mmg menantikan saat utk dia cakap bahawa air putih itu adalah sangat bermakna, spe2 yg nak tau pasal cite ni... tgok la sendiri... X best cite skrg... tp yg boleh aku bg klu, ia adalah cite sebenar yg dilakonkan semula... Lepas tok cite ni, dtglah si Wani (Student diploma aku), berckp ttg cite Vacancy plak, aku smpat tgok triller je kt youtube.. then aku collapes after Zai collapes.... hehe...

Thursday, January 19, 2012

Design terbaru

Setelah sekian lama tidak berphotoshop, akhirnya, pagi td, seawal jam 4 subuh pagi, aku menyiapkan poster untuk presentation si adik kesayangan.....
Inilah posternya.... aku xder idea, bagun je kul 4 tu, terus buat, zai plak present jam 9 pagi... pamphlet belom buat lagi time tu.... last2 aku ingat design aku utk hafiz bulan lepas, aku pon amik la sket idea lama, cuma masukkan idea zai yg dia dh masukkan kat power point...


Sempat la aku bwat 3 benda ni dlm masa 2 jam sebelum zai berangkat ke UKM KL jam 8 pagi... Then aku meneruskan membuat sesimple yang mungkin cover CD untuk project Database dan Project SISP... walaupun sangat ntah ape2, tp mata sebenarnya dh x larat nak mandang dah...



Malam tadi zai buka emel, ada pertandingan reka logo kesihatan UKM, macam best je nak masuk, moh, spe yg berminat... sambil2 je... twaran wang tunai sebanyak RM500... ok la. Spe nak bagi......

Monday, January 16, 2012

Buku-buku yang dibeli semalam...

Assalamualaikum, semalam pergi Popular kat Sunway Pyramid jap dengan adik Zai. Ramai betul orang, kami pergi area jam 6 sebab konon xnak jalan lama2, sebelum Maghrib dah boleh balik, tapi sebabkan ramai dan sangat rambang mata, kami segera tinggalkan popular solat Maghrib dulu sebelum naik semula dan sambung memilih buku. Sangat susah nak cukupkan RM150.. Last2 halalkan je 70 sen sebab xde buku harga 70 sen.. Pada mulanya tak tau plak yang baucer ni boleh beli peralatan.. ingatkan beli buku jer... Kiranya nak minta maaf la kat sini pada Kerajaan sebab xde pon buku yang berkaitan di atas... hehe.. Masalahnya, dah nak habes belajo baru dapat baucer.. hehe.. So, campur dengan Zai, ktorg ada RM250 lagi utk dihabeskan sebelum March ni, tak tau nak beli buku apa dah...

Istikarah

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

LAGU : RAZIN MESTICA
LIRIK : MASS MOHAMAD

Tuesday, July 5, 2011

Salam...

Assalamualaikum... minta maaf ye Ustazah Asemah... Saya check emel sekolah tadi... sambil jaga pejabat ni... izinkan saya update blog saya yang dah lama bersawang ni.... hehe...

Hari ni, teringin nak share satu benda... em... tentang istilah "cakap x serupa bikin" ditambah lagi dengan istilah yang selalu dilontarkan dalam ceramah2.. "jgn tengok siapa yang bercakap, tapi lihatlah apa yang dicakap".... dua istilah yang berbeza... agaknya.. istilah "jgn tgok..........." tu tak sesuai digunakan... sebab, selalunya benda

oppss.. dh azan... nntlah edit...

Wednesday, December 8, 2010

Sampai bila hidup ini....

Assalamualaikum, sekarang tgh tggu calon ambil ujian kelayakan utk masuk Sekolah Menengah Hafiz... tadi dah tutup dah lab komputer ni. tup2... ada pulak dua org yang tercicir. Takpe la.. nak wat cmner... sian gak.. takkan xnak bg bdk2 tu masuk exam plak.. hehe... Semalam ada student SPM aku pakai jeans dalam bilik... berapi hati aku masa tu.. satu, dh la benda tu haram kat sekolah.. dua, aku hangin bile teringat bapa dia marah aku time asrama tak buka... kalau aku ni jahat la.. aku capture gmbar anak dia semalam, tunjuk kat bapa dia. macam ni rupanya didikan yang dia bagi.. huhu... pastu, aku tulis kat fb... "wahai wanita yang bergelar orang Islam, tolong jgn pkai jeans bleh x?" ader la yg comment.. kwn master aku pon ader.. alamak, silap tempat plak announce... kawan master tanya... kenapa?... aku pon dengan suddenly nya, delete lah comment tu... kire mcm sensetif gak la.. haha... untuk pengetahuan.. bukan satu benda yang besar pon, cuma maklumlah, perempuan... muslimah (wanita Islam) plak tu... zahirnya memang x boleh diperlihatkan sewenang-wenangnya... ketat... = macam bertelanjang... sebab susuk badan stil kelihatan.... setengah orang kata... ala, pakai kat rumah jer... mcm tu jugalah pendekatan yang PERSADA taayah buat dulu... mula2 mmg nak pakai kat asrama.. misal kata kalau terbawa keluar... pakai dekat luar asrama... pergi buang sampah ke kejap... daripada jadi mcm tu, bek haramkan terus... huhu... tak tahu la...

Tuesday, August 17, 2010

3 budak kecik......


Monday, August 16, 2010

Fuh.... lamanya x menulis..

Hari ni, terdetik hati nak buka blog.. lama sungguh x mengupdate blog.. password pon mula2 dah lupa... mujur ingat.. thanks kt sarah sebab membuka hati rad nk update blog ni.... sekarang, tgh dok bace journal.. adoyaii.. x hbes2.. tbe2 dpt msg yg PM Aisyah suruh pergi bilik dia dlu sebelum kelas bermula... so, tbe2 tgh rajin2 bce blog td.. terus stop jap... spe bleh thn tgok laptop terpasang dgn connection tenet skali... rad pon menggodek2 fb dlu... rs sedih smlm x hbes la... bler pisah dengan adik kesyangan (2)... smlm hntar dye g airport... tp nk wat cmner.. bkn bleh wat pe pon.. mybe bleh ngis bler trkenang kengan2 yg dh berlalu tu.... ingat lagi kte2 ita... kalau rindu... berdoa moga Allah kekalkan rindu & kasih syg kte... tu yg selalu rad buat kalau tbe2 rasa rndu menerpa kt seseorang. mcm juga setiap kali rindu kt Arwah Ayah & Abg Ngah... teruskan berdoa.... rndu kat Rasululllah, teruskan berdoa & berselawat.. Rindu kat Allah... berdoalah.... lagi stgh jam nk masuk kelas ni... malas blk nk bce journal ni.. dh bce separuh, separuh lg belom.. insyaAllah, stkt ni dh dpt gmbaran kot.... Emm.. td bukak fb ader cite psl iftar... mcm menarik.. rs nk pergi je kot... tp xtau la lg.. lma jgk x jmpe kgkawan... nnt la smbung.. nk bce journal sket lagi... Buat adik2 ksygan kg. kuantan & adik ksygn (1) & (2).... along syg korang berdua.. selamat berbuka...!

Tuesday, June 8, 2010

Assalamualaikum....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..... Semoga Allah terus mengasihi diri ini biar apapun yang sedang aku hadapi sekarang... rasanya sudah lama aku tidak menulis... ternyata, kadangkala diri aku alpa dengan kesibukan dunia... jarang sekali aku bermuhasabah... kerana mungkin sepanjang saat lalu... aku jarang benar dilanda musibah.. berbeza dengan apa yang berlaku hari ini, bilamana satu lagi dugaan datang menerpa kehidupan.. baru semalam aku tersenyum girang.. meraikan hari bahagia.. hari ini aku diuji dengan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sama ada aku memiliki kekuatan untuk menghadapinya... lalu aku putuskan untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja... apa yang terbaik yang harus aku lakukan, aku sendiri tidak pasti.. yang pastinya, aku terpaksa berundur semula dan mencipta satu langkah yang baru... jika mereka yang terlibat membaca coretan aku ini... percayalah bahawa aku masih seperti dulu, menyayangi & mengasihi... Atas apa yang berlaku hari ini, aku mengambil keputusan memutuskan segala bentuk komunikasi.. biarlah aku menyendiri... biarlah orang lain berfikir tentang diriku.. aku lelah memikirkan mereka yang masing-masing terlalu kuat untuk menang sehingga menafikan perasaanku. Mungkin aku yang silap, namun mungkinkah kita cuba menafikan ketentuan Allah? Aku sangat enigma, antara anugerah kasih sayang yang Allah kurniakan atau sebenarnya manusia sendiri yang menentukan corak hidupnya. Aku sangat musykil dengan semua ini... aku musykil dengan susunan cerita yang aku hadapi sekarang ini, antara benci, iri hati, cemburu, kemaafan dan perjuangan untuk menang. Kata sayang, namun masih tidak sanggup melihat kebahagiaan orang yang disayang. Buntu jika aku seorang sahaja yang harus memikirkan kesudahan kisahnya....

Friday, April 2, 2010

mengajar sem 6 buat blog

hari ni ajor sem 6 buat blog

Tuesday, December 29, 2009

Abang Ngah.... 1969-2009

Allahuakbar... terlalu sukar rasanya menerima hakikat perginya abang ngah... satu perkara yang kurasakan seperti masih berada dalam mimpi. baru ahad yang lalu aku menemuinya... hari ini, dia tiada lagi di dunia ini. Tambahan lagi, aku terasa begitu dekat dengannya... namanya berada dalam namaku... Teringat aku bile Arwah ayah memberi nama kami sebegini rupa... Fadzil - Fadzilah, Radzi - Radziah, Nazri - Nazirah.... Arwah ayah harap sgt, masing2 menjaga 'kembar' masing2... Abg Ngah... mcm tau je yg aku baru habis study, rasanya tanggungjawab dia sudah dia tunaikan.....
Cuti Krismas, 25 haribulan... Aku balik kampung bukan kerana abg ngah... Aku balik untuk menghadiri Majlis Walimah kakak Zai... Malam sebelum hari Khamis, aku drive kereta, bersama malam tu, zai... anis... aimi dan ita... kami sampai ke Changkat Lada dalam jam 1.00 pagi. sebelum tu, singgah ke menara condong, teluk intan. Itu la yang melambatkan sedikit perjalanan kami.
Dipendekkan cerita, petang sabtu, aku dpt call... abg ngah masuk ICU. Time tu, aku mengharapkan miracle... he's will be ok. Aku balik ke rumah alang di kuarters guru Sarjana. Bersama sekali ita & aimi. Malam itu, aku x pergi ke majlis nikah kakak zai.. rasa penat sangat, semalaman drive & tolong keluarga zai membuat persiapan sepanjang hari.
Pagi Sabtu... 26 Disember... aku & alang bergegas ke Ipoh, bila dikhabarkan abg ngah tenat. Kami menaiki kereta berasingan. sepanjang perjalanan ke Ipoh, aku bercerita tentang arwah pada ita & aimi... sengaja bercerita.. sambil mengekori kereta alang dari belakang. Sebaik tiba di bandar ipoh, aku memotong kereta alang. Maklumlah, jalan itu sudah familiar denganku... namun aku tersilap.. ku sangkakan abg ngah di hospital besar ipoh... tp rupanya di hospital Pantai... sempat aku singgah ke Taayah sebelum U-Turn semula. Aku khabarkan pada ustazah Rozaidah dan cikgu Noriah ketika itu.. bilamana terlihat mereka berada di perkarangan sekolah... (sambung nanti)

Saturday, November 14, 2009

Macam-macam...... ishhh...

Hari ini, aku bukak facebook... emm... aku pernah terbaca, & tahu, siapakah pemilik facebook ni.. seorang israel.., namun... aku pun x pasti, adakah benar atau salah untuk memiliki facebook.. rasanya.. perlu ada mereka yang boleh memberikan sesuatu dalam facebook ni.. bunyinya seperti, matlamat tidak menghalalkan cara, namun... kadangkala pendekatan ini, perlu kita ambil, berfacebook sambil berdakwah, ayat baru yang boleh aku labelkan... aku terkejut, setakat yang aku jumpa, 3 orang budak taayah dalam facebook ni dh free hair... emm.. senang je ayat aku nak bagi... kalau Islam, ikut Al-Quran... kalau x nk beriman dengan Al-Quran, bukan orang Islam namanya.... keluar je dari Islam, dari terus mencemarkan Islam... Siapa nak bantah? angkat tangan... siapa nak bantah yang dalam Al-Quran xder ayat tentang kewajiban bertudung?..... pernah juga timbul satu isu, kawan2 aku ader ckp.. "ustaz kte ckp stokin x wajib pakai"...... jawapan: "tapi, aurat itu sesuatu yang wajib ditutup...."... entahlah, aku pon bukan belajar tinggi... 7 tahun kat taayah, f6 amik syariah.. stkt tu jer.. then msuk bidang IT.. kawan2 aku siap amik ijazah undang2 syariah lagi.. deme byk belajar kot.. Wallahua'lam. Ya Allah, terasa terlalu hina disisiMu, aku rasa aku tak kuat untuk membentuk diriku dan kawan2 disekelilingku... sekali lagi, aku x heran sgt pasal kwn2 aku yg dh free hair tu... dme dh keluar & dah lama pon tinggalkn taayah. Lagi satu yang aku pelik adik2 aku skrg ni, kt tempat dimana aku kerja sekarang, adoiii.. lagi parah, budak tahfiz, ntah kenapa hari ni, aku sebagai manusia biasa yang tidak dipilih oleh Allah untuk menjadi penghafal ayat2 suciNya, hilang respect pada adik2 ni... kalau adik2 ada terbaca blog akk ni, buat la akk respect sket. Akk kenal, adik2 org berada, boleh bayar mahal untuk yuran pengajian, but jgn jadikan kemodenan, kekayaan, untuk kesenangan kita mendapatkan hiburan & kebebasan berkawan... jgn cemarkan imej kte sebagai pelajar ISLAM. Jaga sikit batasan pergaulan antara lelaki & perempuan.... Semoga ada sedikit ruang Allah berikan untuk kita merasai kemanisan kehidupan yang sebenar berlandaskan ISLAM, teruskan menuai amal.....

Wednesday, October 21, 2009

Nidaul Zikri - Suatu Wadah Tradisi

Jika dahulu, PERSADA Taayah glamour & berbangga dengan keluaran An-Nida, diikuti dengan majalah Lujnah Kesenian Islam, Wehdatul Fikri... dan yang terkini, bila aku berkesempatan berkunjung ke Taayah untuk kesekian kali tahun ini, aku mencari majalah ini... betul kata editor pada keluaran kali ini... Nidaul Zikri, suatu wadah tradisi.... kesinambungan dari kepimpinan PERSADA terdahulu, menerbitkan sesuatu yang cukup berguna untuk dijadikan bekal masa hadapan. Kawan-kawan, adik-adik yang masih ada simpan majalah2 terbitan PERSADA ni, meh share mana2 bahagian atau cerita yang x boleh dilupakan sampai sekarang.

Tadi, masa tggu si zai jumpa lecturer, sempat la membelek Nidaul-Zikri, dah lama ada kt tangan, tapi x pernah khatam, ada satu bahagian buat aku tergelak jap. X kisah la kalau ader org yang pernah terbaca tentang ni, tp, aku 1st time bace arini....

Antara ceritanya......
Rumahtangga Minah & Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya mengganggu jiran tertangga. "Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu & mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau". terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasa. Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga sangat hairan melihat Minah yang tidak takut langsung dengan ugutan suaminya dahulu. "Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dahulu?" tanya jirannya. "Tidak" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah"

Itu je buat kali ni, nnt update lagi.. sape2 nak Nidaul Zikri ni, kalau susah nak g Taayah, mintak jela kt rad/ k.rad. InsyaAllah, kalau area KL ni, bebudak UM, UKM, UiTM, UPM ker... maner2 jela, bleh je hantor.. nak soh pos pon bleh... hehe.. Harga lebih kurang dlu je... sape x bese beli tu.. xtau la kot harganya... hehe.. Daaa....

Sunday, October 18, 2009

Gathering F6SIS 2004

Assalamualikum, saya nak kumpulkan kesemua, kawan2 lama. then discuss time, place kita boleh buat gathering ni. So, mintak kawan2 se batch upper six (2004) & adik2 lower six (2004), untuk contact saya dengan segera... Emel : radziahsalleh@yahoo.com, YM : pawana_razu contact number : 013-2057889 / 017-2068763.

Thursday, August 13, 2009

Al-Faatihah buat Ustaz Asri....

Kita kehilangan seorang lagi permata dalam perjuangan dakwah Islam.. Perginya Ustaz Asri tanggal 13 Ogos 2009 cukup dirasai.. Tiada lagi merdu suaranya menyanyikan kata-kata juang melalui lagu. Tiada lagi gema kata-katanya dalam menyampaikan ilmu.. Ustaz Asri... Kau satu dalam seribu.. Kami akan terus menyambung perjuanganmu yang terlalu agung ini..

Monday, August 10, 2009

Nak minum Kopi......

Huhu.. Xtaula nape posa arini rasa penat sungguh. Selalu x mcm ni.. Hari ni... Ramai guru-guru demam.. so, sebagai bdk IT yang berkaki lebar (riak 1).. telah diberi kepercayaaan untuk menggantikan tempat cikgu zana yang turut demam. Ntahla npe, xder idea nak ajar apa. Semua kelas aku ajar cara nak gune windows movie maker. Mujurla dorg x bese gne.. so, boleh berlagak teror skejap (riak 2).. Hehe.. yang paling x tahan bile adk2 diploma yg selama ini aku rapat giler. Tbe2 aku terpaksa berlakon serius time ngajar. Dr bahasakan diri kakak, terpaksala ubah kepada ustazah. Jenoh jugak nk thn gelak.. Haha.. Straight kelas sehingga membawa ke jam 2.15.. tanpa berenti.. Penat.. huhu.. kalau selalu ganti sek rendah.. x kene ari Isnin or Khamis.. so, mmg sebotol air mineral besau aku teguk.. Haii.. taayah2.. thanks ajar aku utk terus istiqamah berpuasa Isnin, Khamis.. kdg2 malas jgk nk posa.. tp.. rasa malu plak ngan Allah kalau x posa.. haha.. wpon mungkin xder keikhlasan.. ibarat kata org.. x dpt apa2 la posa mcm tu kalau x ikhlas.. tp.. Lbh baik ada dr xder lgsung kn?.. Wpon mgkin dpt penat.. at least.. dpt kuruskn bdn sket.. Haha.. Skrg rasa dahaga sangat.. Terus teringin nk teguk Kopi. Awal2 lagi akudh tepon si Zai suruh bancuh kopi wpon aku tau bukak posa lagi 4 jam.. haha2.

Ya Allah.. nikmatnya kalau dpt teguk air kopi ni sekarang.. Ntah nape ler tiba2 teringin minum kopi ni. Ntah ble la jd favourite. Start kelmarin, g makan nasi lemak mamak, order kopi. Malam td.. time kul 3 pagi bangun, smbil buatkan banner utk event zai.. ku paksa budak zai tu bancuhkan kopi.. Hari ni.. nak bkk posa nak minum KOPI............... Oklah.. Jmpe lagi.. Daa...

Saturday, August 1, 2009

Al-Faatihah buat pelajar Taayah...

Assalamualikum.. Baru2 ni aku dikejutkan dengan perginya seorang lagi junior yang aku kenali sebagai Fiza (Nor Hafiza Ismail (5R 2005)~Thanks shoutbox's chatter). Mungkin inilah yang dikatakan Allah memutuskan ilmu dengan mematikan ulama. (Betul ke ni yer? ada hadisnya, tp ingat2 lupa. Tolong betulkn nnt tau spe2). Kiranya Allah putuskan ilmu itu dengan hilangnya para ilmuan.. Selama hidup di Taayah. Ada juga senior, kawan2 yang aku kenali pergi.

Bermula dari seniorku, batch 4 tahun tua dari aku.. (x ingat namanya). Nnti update..then disusuli dengan sorang junior setahun muda dariku. (x ingat jugak namanya). Junior ni mmg ada sakit sket. Tp, satu hari dia terpengsan & jatuh kt tangga kt Taayah jugak la. Then koma, & meninggal. Batch Faizatul Husna (KU).. Please update. Bgtau akk spe nama dye.


Then, kalau x silap dalam tahun 2006 or 2007, kawan aku Abidah Adam, pergi menghadap Ilahi. Time tu dia kat Amerika, tgh study. dilanggar dek lori sana. Abidah ni, smpai f3 je kt Taayah, then msuk Kolej Islam. But, aku pernah rapat sgt ngan arwah masa form 1.


Seterusnya, junior muda dari aku setahun. Hayatul Akmal. Allah.. ini mmg la rapat.. time kt Taayah dulu. dahla budak p.buntar. Mmg selalu balik dengan dia. Yang terkilan, time dia sakit, aku mmg nak pergi lawat dgn zai, sbb kt hospital sg.buluh jer. Tp x smpat. Dia pergi buat selamanya tanggal 2 Okt 07 bersaman 20 Ramadhan. Akibat demam panas & rasanya arwah penuntut UKM time tu.

Then, junior aku jugak. Nur Baiti yang kembali kerahmatullah pada 12 Okt 2006. Ni junior muda 2 tahun. Akibat leukimia x silap.


Ada nak masukkan gambar. Tapi adobe photoshop buat hal. nnt la. Kepada para pembaca nak share pasl tajuk ni. Please leave msg kt shout box sebelah. & sebarang maklumat yang silap. Plz betulkn jugak. Buat akhirnya.. Semakin kita menyambut hari kelahiran, bukan semakin panjang umur kita. Tapi makin pendek. Persiapkan diri kita dengan semuanya. Jika ditakdirkan kita dipanjangkn usia, kita sebenarnya adalah pewaris ilmuan terdahulu. Belajarlah dengan sebanyaknya, seimbangkan keduanya dunia & akhirat. T'utama utk x-taayah yg dicintai.. Kita dah dididik dengan selengkapnya, InsyaAllah.. Teruskan menuai amal... Jgn berhenti. Jgn terlalu asyik merubah identiti kepada yang lebih negatif... Al-Faatihah utk mereka & utk seluruh kaum keluarga kita...

Wednesday, July 29, 2009

Tokyo University of Technology

Ni la Tokyo University of Technology, Hachioji Japan. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah.. mmg nak smbg master kt cni. Syarat utk result dah lepas. Satu syarat je lagi kene lepas. Kata Prof. kene dptkan at least tahap 4 utk Bahasa Jepun. Tu yg buat lemah sket tu.. Sebelum ni.. dh hantar sorg kesana.. tp.. korang nak tau siapa? Aisha Mohamad Takeshi Onizukawaki.. Mybe senang sket utk kakak tu nak skor bahasa Jepun kan?.. Huhu.. Nak pergi.. tapi liat sungguh nak belajar bahasa. Bila fikir balik.. spe nak bg free.. biasiswa penuh tu.. sekali dengan tambang. Doakan yer sumer...

Tuesday, July 28, 2009

Ainul Yaqin

Assalamualaikum. Ainul Yaqin... Kumpulan nasyid Sekolah Raja (P) Taayah, Ipoh. Kumpulan nasyid ni.. mmg menjd kebanggan bebudak Taayah. Walaupun prestasi dorg ni nek trun saban tahun.. Tp kalau sekali naik pentas, kmi bebudak Taayah sure x lepas nak tengok.. Strive 4 excellent!! Go Ainul Yaqin.. Go...







Friday, July 24, 2009

Adoiii........ Habisla......

Hari ni.. ntah cmner.. lupa nak jumpe Thina. Dia dah call aku td soh naik pejabat ats sbb ader benda yg dia nak suruh tgok pasal margin ktenya.. Aku pon dgn lajunya, gunakan tgga blkg utk nek. Tbe2 otw.. ada sorg ustaz ni pggl aku.. Dia tnya psl softcopy MSKH (Minggu Suai Kenal Huffaz) yg aku design tempoh hari. Dahla jmpe kt blkg. Tbe2 lalu plak anak majikan aku... Adoii.. kalau dia x tahu cite.. sure nnt heboh plak yg aku g jmpe ustaz tu.. Hahaha... tgh takut ni.. tp xpe.. kte dipihak yg benar.. so, npe nak takut.. hehe.. itu je nak tulis ni..

Ya Allah...........

Ya Allah... hari ini aku dihimpit masalah.. masalah yang mungkin berpunca dari diriku... Ya Allah.. Permudahkanlah jalan keluar bagiku... Ya Allah.. Kau bentukkanlah kesudahannya dengan penuh keadilan.. Ya Allah.. aku hambaMu yang hina.. Ya Allah.. uruskan segalaNya untukku Ya Allah.. Aku telah berusaha ya Allah.. Namun aku belum ketemuinya ya Allah.. Ya Allah.. bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya, pada Engkau sahaja yang layak untukku memohon pertolongan.. Ya Allah lembutkan hati2 kedua insan ini ya Allah.. Amin ya Rabbal Aa'lamiiinnn...

Monday, July 20, 2009

Cinta & Kasih Sayang...

Cinta tidak boleh dipaksa.. lebih2 lagi ketika ia datang tanpa diduga.. Cinta & Kasih sayang itu milik Rabbul Izzati. Dia sahajalah yang berhak untuk memberi dan mengambilnya semula. Cinta itu kadangkala membawa sendu. Bila tiba-tiba cinta lain datang bertamu. Namun adakah kita mengerti rencana Ilahi tika mana menghadirkan cinta terus ke dalam hati manusia.

Tuesday, July 14, 2009

Kenapa mereka.....

Saban hari aku dihujani rasa tidak puas hati adk2 ku terhadap warden mereka... Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan? Aku sendiri tidak pasti. Namun jika dinilai dari zahirnya, jiwa manusia memang berbeza. Namun perbezaan yang Allah berikan ini sebenarnya bukan untuk dijadikan senjata membezakan kita dengan insan lain. Ternyata jiwa & diriku memang terlalu lembut. Mungkin aku bukan orang yang layak menilai orang lain. Kerana Allah telah kurniakan aku satu sifat yang aku sendiri berbangga dengannya. Terima Kasih Allah. Janganlah Kau golongkan aku antara orang yang kau benci & dibenci oleh orang lain. Terima Kasih Allah kerana kau kurniakan aku sifat kasih sayang yang tidak terhingga. Mudah menyayangi & sifat kemanusiaan yang tinggi. Terkadang, aku sendiri keliru, kenapa orang mesti menindas yang lain. Adakah mereka lupa bahawa mereka juga manusia biasa? Terima kasih pada kak ilah sebab bagi aku kata-kata yang sampai sekarang aku guna untuk diri. Kita kena hormat orang lain dahulu kalau nak orang lain hormat kita. Apa-apa, gunalah kata-kata ni. Apa salahnya kalau kita sebagai seorang guru, tunjukkkan contoh. Barula student respect kat kita. Cuba bayangkan, kalau kita adakan peraturan untuk gotong-royong, wajibkan student turun, tapi... kita sendiri goyang kaki.... adoiii... macam mana student nak respect. Jangan sekali-kali kita buat orang lain benci dengan diri kita... cuba bayangkan.. disebabkan ini... student benci dengan kita.. percay atau tidak.. memang realiti.. untuk seorang yang kita tidak suka. Akan didarab dengan 10 orang yang akan membenci diri kita. Ibarat kata Nabil, pikirlah sendiri... Buat adk2 ku.. Bersabarlah, walaupun akak tahu bahawa bukan senang untuk tanamkan rasa sabar pada perkara yang mungkin terlalu sukar lagi untuk kita tanam kesabaran. Mungkin adik2 salah dalam menanam kesabaran.. Tanamlah bersama-sama ketabahan.. Kekuatan untuk terus melangkah... Allah sayangkan orang-orang yang BENAR. Sentiasalah jadi yang benar..... ok?!!

Sunday, July 12, 2009

Improve...

Huhu... x pernah langsung buat design time belajar... Kreatif.. jauh sekali.. tapi sejak akhir2 ni byk sungguh aku belajar tentang design.. semuanya bermula time tempat internship aku suruh wat iklan.. Mmg cuak time tu.. Cuba la jugak.. inilah hasilnya..


Pastu, aku diminta designkan banner Selamat Datang kepada student2 diploma Kolej Hafiz. Tapi x dpt nak display kat cni, sebab failnya besar sangat. Banner yang sebesar kain rentang tu, susah la nak render kat laptop murah ni... Haha... Nanti la, ader gambar time digantung banner tu.. Huh!.. xtau la macam mana perasaan time tu bila hasil kerja kita digantung dgn gahnya.. Haha..


Then aku bantu plak adik2 PMI MSU buat banner untuk Muzakarah dorang.. Kena buat 2 banner, walaupun sibuk dengan tugasan office.. Aku gagahkan jugak membuatnya.. Dalam sejam jugak buat 2 banner ni.. hasilnya.. jadilah daripada x der.. ini boleh display sebba saiznya kecik..





Then ni lagi satu.. ha... yg satu ni aku suker.. nampak sket matured nyer dri yang atas tu.. seronok jgk dpt tolong adik2 ni selain dpt improve skills.. hehe..





Ok... ini sajer untuk kali ni.. len kali sambung lagi.. alang2, sper yang rasa nak mintak pendpt atau nak suruh designkan banner.. bagi je... kalau lapang mmg boleh tolong buatkan.. emel je kat radziahsalleh@yahoo.com.. atau tinggalkan pesan kat shoutmix sebelah.. Eh.. ada satu lagi.. ni baru buat semalam.. tapi ntahla.. ustaz nak cepat.. x cantik langsung designnya.. tp nak tunjuk jgk ah...


Thursday, June 4, 2009

Cuti.....

Bukan senang dapat cuti hari bekerja mcm ni... seminggu weyh.. dah mcm cikgu.. Tp tula yang dikatakan rezeki.. Rindu sgt dah kat mak.. Nak dkt 4-5 bulan x jenguk mak kt kg.. tp, xtaula bler nak blk. Tiket x beli lg.. kalau ada pintu doraemon kan best... 19-21 aribln ni lg x sbr.. nak blk Taayah... adoii, rindu sgt da kt taayah ni... Kembara Ukhwah III. Ingat lagi time sama-sama dengan Habsah jd pengasas kepada Kembara Ukhwah I & II.. Tema mula-mula.. Ikut Hati.. Tema KU II, Paksa Hati.. Kali ni, KU III cik dalilah plak yg akan conduct... xtau plak tema apa yg dia nak bwk.. Harap2 lps ni... ada dikalangan junior Taayah yg bleh smbung Program kitaorang ni.. Maklumlah.. semakin meningkat usia ni.. semakin byk komitmen len yg perlu didahulukan.. Whateverpon... kami sentiasa berdiri dibelakang adik2 semua... Chewah... ingat nak buat laman blog khas untuk Kembara Ukhwah... tp x sempat lg.. spe yg bleh tolong buatkn, bgtau yerk.. hehe

Saturday, May 16, 2009

16 MEI........

16 Mei disambut juga, rasa nak kongsi dengan pembaca.... Menyambut Hari Guru.. satu keluarga bukan yg asing... Tak heranlah.. dr Arwah Ayah.. sampailah ke anak-anak menantu semuanya GURU. Kita mulakan dengan Arwah Ayah dulu... Ustaz Hj Salleh b Hj Hussein. Berkhidmat sebagai Guru Agama di sebuah sekolah di Parit Abas, Perak. Petangnya pula, arwah ayah mengajar lagi di Sekolah Agama Rakyat Islamiah Ad-Diniah (kalau x silap), dan pernah menjd Guru Besar di situ. Arwah Ayah menghembuskan nafas terakhir pada Feb 2003. Ok, seterusnya, kita pergi kepada yang sulung. Ustaz Hj Muhammad Fadzil b Hj Salleh. Sekarang sedang berkhidmat di Sek Men Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak. Mengajar Pendidikan Islam dan juga pemeriksa kertas PMR. Berkahwin pula dengan Pn Hjh Norizan bt Hj Abdul Wahab yang sekarang berkhidmat di Sek Keb Sg Burong, Kuala Kurau (sekolah rendah dulu). Optionnya, Bahasa Melayu, juga pemeriksa kertas Bahasa Melayu UPSR. Next, kita pergi ke anak no2, Abg Ngah.. Ustaz Muhammad Radzi b Hj Salleh. Ini je yg x jd GURU. Dulu pernah la mengajar kejap. Tp, bukan jiwa kot.. So, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Agama (Kadhi), PTA daerah Sri Iskandar. Nak jd BOSS kot... xperla, kira x boleh la wish dekat Abg Ngah SELAMAT HARI GURU.. Haha. Walaubagaimanapun, mujur la dia berkahwin dengan Pn Aina Safiah bt Sudin Ali ni, at least.. masih dekat dengan jiwa GURU tu. Kak Aina, sekarang bertugas di SMK Datuk Abdul Rahman Yaakob. Ringkasnya SMK DARY, dekat BOTA Kanan. Dah abis kisah anak kedua.. Jom tengok Anak Ketika pasangan Ustaz Hj Salleh & Hjh Zainap ni... Cikgu Fadzilah bt Hj Salleh. Sekarang berkhidmat di Sek Raja Dr Nazrin Shah, di Kampung Gajah Perak. Option akak ni, lebih kepada Sains & Ekonomi. So, dia mmg cikgu Sains PMR & Ekonomi Asas. Berkahwin pula dengan Ustaz Ishak b Hj Kamaruddin. Sekarang bertugas di Sek Men Dato' Maharaja Lela, juga terletak di Kampung Gajah. Mengajar Bahasa Arab. Oklah, next one... Abg Ayie... Muhammad Nazri b Hj Salleh, yg sekarang berkhidmat di Sek Men Tun Fuad, Sabah...

Wednesday, April 22, 2009

Zai wa Habsah




Lupe plak ble ntah tarikh Habsah berkunjung ke s.alam. sempat jgk bwk dye jln2 sekitar s.alam. Maklumla... time tu ader kete... pg tadi, belek2 laptop si zai ni, jmper gmbr2 lama.. buat kengkwn or adk2 yg rasa free, jmput2 la dtg s.alam... bleh bwk g jln2.... tmpat pertama, mlm tu, bwk habsah solat maghrib, dgr tazkirah & sampai solat isyak kt masjid s.alam.. mlm2 baru best tgok permandangan luar & dalam ni... esoknya, baru bawak g jln2 kat pusat bandar... nnt la sambung. busy plak ni... byk lagi gmbar nak letak.. nnt ler...

Wednesday, April 15, 2009

Penatnya la haii keje ofis......

Assalamualikum..... Allahu Akbar.. baru terasa kepenatan bekerja... bagaimanalah orang yang bekerja saban hari dari jam 8 pg sehingga 5 ptg sepanjang tahun?... Mungkin selama ni, asyik berada dalam ruang lingkup keluarga yang semuanya pendidik... x rasa perit bekerja.. sekarang... time makan, minum... bersama kawan2 pon rasa x terurus... lagi kuatlah perasaan ini mahu meneruskan cita2 sebagai pendidik.. x sanggup rasanya terus bekerja ofis.. nanti kalau dah kahwin.. hehe... lagi la kurang masa bersama keluarga.. sekarang pon... pukul 2.40 pagi taip blog ni.. ni je masa yang ada, itupon sbb mata x ngantok.. apa2 pun doakan semoga ana terus tabah bekerja.. lagi +kurang 170 hari je lagi.. aduh.. lama jgk tu...

Sunday, February 8, 2009

Kembali kepada Al-Quran wa Sunnah

Bismillah... rasanya terlalu sukar menerima apa yang sedang berlaku.. satu ketidakadilan yang mungkin entah bila akan diperlihatkan. Inilah yang dikatakan hikmah dari yang Esa, ada sesuatu yang sebenarnya tersirat. Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku. Terasa seperti satu permainan kanak2.. mereka yang terlibat bagaikan ank2 yang tdk tahu apa yang sepatutnya mereka perjuangkan. Ada yang kononya memperjuangkan Ketuanan Melayu, ada yang memperjuangkan Keadilan Rakyat, terlalu obses dengan perjuangan sendiri sehingga mereka lupa, perjuangan untuk Islam itu lebih selayaknya. Kpd yang memperjuangkan Keadilan Rakyat lupa bahawa mereka dahulu juga merupakan pejuang Ketuanan Melayu. Kenapa tidak me'lompat' sahaja utk memperjuangkan ISLAM di dunia? Kita bertuah kerana kini ramai para cendiakawan terutama mahasiswa sekarang lebih intelek. Bijak menentukan yang lebih secocok dgn jiwa mereka. Mat Rempit hari ini juga tahu kemana harus mereka ekori, jika bukan pada 'pembela' mereka. Jadi, siapa lebih hebat mindanya? si intelek mahupun si rempit?.. Malaysia hari ini makin bercelaru kotak fikirannya. Semasa si Zionis hebat merancang menghapus ISLAM seluruhnya, di Perak berusaha bermain music 'chair'. Aduhaiii... YB2 yg ramainya bergelar Dr. Kami barisan rakyat ini terasa diperbodohkan dengan permainan anda semua. Kenapa perlu mengharap kepada pangkat, nama & kuasa? Yang lebih aula, muhasabah siapalah kita di sisiNya.

Tuesday, January 27, 2009

Taayah yang dirindui...

Rindu sungguh pada Taayah, ingat lagi time mula-mula masuk Taayah dulu, dah la bulan puasa.. sedeh betol bila x dpt makan masakan mak lagi, makan dlm try je, berjurai jgk airmata bila time nak berbuka tu.. taayah ni memang istimewa, x tau la sbb apa x bleh lupa lgsung, no wonder la smpai skrg stil lagi dtg jenguk adk2, wpon dah xder sape2 dh yg dikenali.. buat sahabat2 yg nk update psl taayah, bleh tanya yer.. dlu masa f4 sedeh jugak x dpt msk kelas sains, so mntak SMKA kerian, dpt.. Tp dah xnk pergi pulak, sbb rasa syg nak tggalkan Taayah.. pastu, time SPM dpt jugak uitm machang wat diploma, tapi... stil lagi syg kt Taayah, kali kedua tolak lagi tawaran.. Malang plak nasib bler lps f6 x dpt maner2.. pergila merantau g MSU, U swasta baru milik bumiputera.. Amik ICT (Multimedia).. & now, bakal praktikal kat Taayah.. tmpat yg penuh nostalgia & disinilah.. tempat jatuh bangun sehingga skrg pelbagai pengalaman dipelajari...
Ok, sekarang.. ni saya copy dr Reaksi kat Laman Web Taayah.. kisah suka duka bebudak Taayah:
raja jue tulis:
suka duka di taayah???byk sgt smpi x terkata..kalau nk cerita rs nyer blh jd karangn utk spm...tp kengn plg xblh nk dilupakan ms ana form2 rs nyer..(thn2001)kes org msuk taayah..sama gk ms ana form4..ada gk kes cm2..ms form2 rs selmt gk sbb ada kakk2 tlg protect n nshtkn pe perlu di buat...tp ms form4 tu...prasaan bercmpur2...tkt pn tkt gk...tp dpn adik2 yg ketktn xkn nk tnjk tkt kn???kena la buat2 berani...n perkara plg sedih...msa ana form1(thn2000), guru kels kembali ke rahmatullah...Allahyarham cikgu khairudin..semoga arwah cikgu sentiasa ditemptkn di kalangn org yg beriman dan beramal soleh..AMIN..kengn yg best???byk sgt..tp plg best..peluang menuntut ilmu di bumi SERATA kengn yg xmungkin dilupakan...cikgu2 yg byk berjasa...nk tulis semua mmg xblh la...sbb byk sgt cikgu yg mengjr since form1...buat cikgu2 yg mengjr ana ms form4 and form5 (esp my class teacher: teacher salwani)...thanx a lot.dan buat cikgu fikriyah, mnta maaf sbb selalu tertido waktu kels kimia dulu tp skg i love chemistry so much...doakn ana terus berjaya dlm dunia kimia.haaaa....kn dh kate..klu citer sal kngn mst melalut pjg...k la...pe2 5thn dkt taayah, mmg byk kengn...hargai setiap detik dlm hidup di bumi SERATA sbb yg berlalu hny boleh dikeng xmungkin blh diulang..
zu 99 tulis:
peristiwa di taayah... banyak sangat. SERATA mengajar akak tentang kepimpinan, SERATA mengajar akak tentang keberanian dan SERATA mengajar akak untuk bangkit dari kegagalan. Alhamdulillah.. terima kasih buat semua warga pendidik SERATA.Bulan lepas, akak uruskan satu program untuk semua j/kuasa , imam dan bilal di seluruh Putrajaya bertempat di Sekolah Alam Shah, Putrajaya. Waktu akak melangkahkan kaki di sana, terimbau masa silam di SERATA. Hampir menitiskan air mata. waktu berbincang dengan guru-guru di SAAS, tiba-tiba akak membayangkan akak berbincang dengan Cikgu Zakaria dan Cikgu Nazeri (waktu mengendalikan Program PBPM) dan Ustaz Salleh, Us Rozaidah, Us Rotipah dan Us Fatimah ( seperti perbincgn untuk program PERSADA).. Allahu akbar, alangkah indah jika waktu itu dapat berulang kembali. Habis perbincangan , lama akak termenung di kantin sekolah tersebut, membayangkan suasana dan gembiranya ketika di SERATA.Alhamdulillah, semua ini berlaku adalah keizinan dari Allah. Sedar tak sedar hampir 9 tahun akak meninggalkan SERATA. Buat guru-guru , terima kasih yang tidak terhingga mengajar anakanda yg kerdil ini. Sir ru ala barakatillah...
anis5R tulis:
kenangan.. hm byk sgt.. mse di SERATA byk yg pahit.. tp ble dh langkah keluar dr Ta'ayah smua tkar jd kngn manis.. 2 la gak yg mengajar sy dan mnjdi kekuatn untuk sy.. tp mohon maaf pd cikgu yg igt pd student 5R 2003.. yg mne tlh menyakitkan ati guru2.. mohon dihalalkan ilmu..huhu 5 thun di ta'ayah klu nk diarangkan smua kngan mmg tak tertlis..2 minggu pertama di sekolah sy dh wat serata gempak.. org yg pch kan sliding door surau.. selagi parut ada pd tgn nie.. slgi 2 serata diingatn..
fiezamine tulis:
x terkata klo nk ckp psl memories kt serata...huhuhu... x pnah nk bilang pun bpe...tp setiap rekod still fresh dlm memories...cume kne trace back... refresh...selagi hidup dikandung badan sedlagi tue memori taayah xpnah padam!!!basha...basha...

Thursday, November 6, 2008

Koleksi An-Nida'

Tokoh Islam - Ibnu Al-Baitar

Nama
Dhiya'uddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad Al-Maliqi Al-Nabati
Gelaran
Al-'Asysyab - ilmuan yang mendalami bidang tumbuhan dan membuat ubat-ubatan daripada tumbuhan
Tarikh Lahir
593 Hijrah bersamaan 1197 Masihi
Tempat Lahir
Maliqah, Sepanyol
Meninggal Dunia
646 Hijrah bersamaan 1248 Masihi
Sumbangan
Pengasas dalam perkembangan ubat-ubatan dan penyembuhan penyakit

Munajat





Oh Tuhanku,
Tiada indah satu malam

Kecuali dengan bermunajat kepadaMu
Tiada indah suatu siang
Kecuali dengan berbuat taat kepadaMu
Tiada indah dunia ini
Kecuali dengan menyebut namaMu
Tiada indah akhirat
Kecuali bersama keampunanMu
dan Tiada indah syurga
Melainkan dengan melihat wajahMu...


Nilai Tudung Wanita

Disini kita ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin yang lain keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Sama ada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.




Mari Renungkan

  • Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dihadapan manusia menghilangkan maruah diri.

  • Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini adalah tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

  • Syukur dengan nikmat dan sabar dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

  • Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

  • Di antara tanda-tanda orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasatidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur dan tidak ada tanda-tanda kesal atas kesalahan.

Dipetik dari An-Nida, Persada SERATA 2004

Tuesday, November 4, 2008

Iftar Jamaie di Taayah

Iftar Jamaie 2006

Iftar ni, dihadiri oleh lebih 20 orang bekas x-serata. Rasa best dpt berkumpul semua dan berbuka puasa bersama adik2 taayah. Tahun berikutnya x jmpe lg gambarnya... nnt2 la upload. tgok ni dulu...

Gambar adik2 taayah dok key in data dlm e-form ukhwah serata

Antara yang hadir pada program kali ni.. termasuklah kak wan antara x-serata paling veteran

E-Form Ukhwah Serata

Wednesday, October 29, 2008

Konvokesyen Abg Ayie

Assalamualaikum, emm.. Syawal dah nak habes.. adik zai hari ni baru habis puasa 6. Lambat no posanye.. baru dpt habiskan arini.... Hai... Zai... Zye... benda lah seronok sgt berposing ngan bunga tu.. Macam sendiri nyer jer... Ni gambar time konvo abg kat UUM.. bawak zai skali.




Amacam? Sama chubby.. haha.. abg aku ni mcm da amk master je.. haha... bolehla.. selagi hayat dikandung nyawa, jgn biar ilmu berhenti menghela... Teruskan menuntut ilmu selagi hidup di dunia.